Sambut Anniversary Ke-11 Tanpa Isteri, Shuib Bawa Anak-Anak Bersihkan Pus4ra Siti Sarah

Semalam, tanggal 26 Februari genap 11 tahun usia perkahwinan Shuib Sepahtu dengan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Namun, tahun ini cukup berbeza buat Shuib apabila menyambut hari ulang tahun perkahwinan tanpa isteri disisi.

Sempena mengingati hari istimewa itu, Shuib membawa anak-anak dan ahli keluarganya datang membersihkan pus4ra isteri tercinta.

Shuib dilihat ada berkongsikan video di Insta Story dan dimuat naik kembali oleh beberapa netizen di akaun TikTok.

Lebih sebak, kata-kata dari anak sulung pasangan itu iaitu Uwais Al-Qarni mengenai bunga yang ditanam di pus4ra Siti Sarah dimana warna ungu adalah warna kegemaran ibunya.

“Ibu suka warna purple, tiba-tiba terkeluar bunga warna purple,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sayu dan mengalir air mata melihat ketabahan Shuib dan anak-anak yang kuat menghadapi dugaan kehil4ngan orang tersayang.

Sebelum ini, Shuib ada memuat naik video menunjukkan kad majlis pernikahan mereka sambil meninggalkan kapsyen mengucapkan selamat hari ulang tahun pernikahan buat isterinya serta meluahkan rasa rindu buat bidadarinya itu.

Baru-baru ini, lagu Kesetiaan nyanyian Allahyarham Siti Sarah Raissuddinkembali hangat diperkatakan selepas saIah seorang peserta Big Stage menyanyikan lagu tersebut pada konsert Ahad lalu.

Malah, juri program tersebut iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Ajai dilihat tidak dapat menahan sebak kerana terkenangkan ar,wah.

Sementara itu, menerusi IG Live baru-baru ini, Shuib Sepahtu membawakan lagu isterinya itu selepas diminta oleh itu.

Menurut Shuib, ini merupakan pertama kali dia membawakan lagu tersebut. Video berkenaan dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daipada netizen yang mengakui sebak mendengar nyanyian Shuib itu. Malah, netizen mengakui Shuib seorang yang sangat kuat.Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan mereka mendengar suara Shuib bergetar seolah sedang menahan sebak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

sumber: rotikaya

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment