Tegar Sertai Big Stage Demi Keluarga Terpaksa Tinggal Isteri Dan Anak

BERKAHWIN dan memiliki anak pada usia muda menjadikan penyanyi Tegar Septian seorang yang lebih matang dan sentiasa berfikir tentang masa depan.

Tegar, 22, juga mengakui ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan kehidupan berumah tangga adalah cabaran untuk dia sentiasa belajar erti kesabaran.

“Sekarang masa untuk bersama kawan-kawan tidak seperti dahulu lagi. Perlu lebih fokus kepada keluarga dan anak.

“Menjadi bapa pada usia muda membuatkan saya lebih dewasa. Saya harus fikir tanggungjawab dan bekerja untuk masa depan keluarga,” ujar Tegar kepada mStar.

Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka pada Mac 2020 dan mereka kini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang diberi nama Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Demi masa depan dan kesenangan keluarganya, Tegar terpaksa berpisah dengan mereka bagi menyertai program Big Stage 2022 (BSSS) diadakan di Malaysia.

“Mereka semua menyokong kerjaya saya dan penyertaan saya ini juga adalah demi masa depan kerjaya yang untuk kesenangan mereka.

“Ada perancangan untuk membawa isteri dan anak datang ke Kuala Lumpur. Semoga segala urusan dipermudahkan dan kami dapat bersama nanti,” jelasnya.

Penyertaan Tegar dalam BS22 juga bagai pengenalan semula kepada peminat yang di sini.

Penyanyi berasal dari Subang, Indonesia ini mencipta nama menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang dan berharap masih ada peluang untuk kembali dikenali dalam industri muzik Malaysia.

“Jika ada rezeki saya di sini, pasti mahu berada di Malaysia. Semoga penyertaan saya ini akan sampai ke peringkat akhir.

“Dalam hidup dan kerjaya ini saya hanya follow the flow sahaja. Apa yang penting tetap terus berkarya,” ujarnya.

Biodata Penyanyi Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022

Siapa Tegar? Pemilik nama penuh Tegar Septian ini adalah seorang penyanyi remaja Indonesia yang melibatkan diri dalam rancangan realiti nyanyian, Big Stage Musim 4.

Edisi 2022 itu turut menyenaraikan 11 penyanyi generasi baharu atau Budak Baru Nak Up (BBNU) yang lain sebagai barisan peserta iaitu Aisha Retno, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Lia Aziz, Megat Rahim, Elica Paujin, Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Yazmin Aziz, Ajoi Zainal, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Iqbal Zulkefli.

Biodata

Nama sebenar: Tegar Septian

Nama pentas: Tegar Septian, Tegar

Umur: 21 tahun (2022)

Tarikh lahir: 18 September 2001

Asal: Subang, Jawa Barat, Indonesia

Kerjaya: Penyanyi

Instagram (IG): @tegar_official

Latar Belakang

1. Pernah menjadi busker di Indonesia sejak usia lapan tahun kerana menyara kehidupan keluarganya yang miskin.

2. Terjun ke bidang hiburan sejak tahun 2013.

3. Mencipta populariti di usia muda 11 tahun.

4. Mula terkenal sebagai penyanyi kanak-kanak menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang ketika masih menjadi pemuzik jalanan.

5. Kariernya berterusan dengan penghasilan album menerusi deretan lagu popular seperti I Love You, Sahabat Kecil (My Childhood Friend), Cinta Bohongan (Suka2an), Cintamu Bukan Untukku dan Salahkah Aku Memujamu.

6. Berkahwin dengan youtuber, Sarah Sheila Kamilia pada 20 Mac 2020 di usia 19 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Abidzar Oktaviano Putra pada tahun sama.

7. Isteri Tegar yang berumur 25 tahun adalah seorang bekas janda yang pernah mendirikan rumah tangga selama enam bulan, namun bercerai di usia 21 tahun kerana jodoh yang tidak panjang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment