‘Ibu Mana Tidak Sed1h, Melihat Anak Tertidur Menahan Lapar’

Melaka: “Ibu bapa mana tidak sed1h melihat anak tertidur akibat menahan lapar kerana tiada apa yang hendak dimakan,” luah Erala Ismail, 45.

Erala memberi reaksi itu bagi menceritakan kehidupan dia sekeluarga yang semakin terhimpit selepas suaminya, Syed Sidiq Abudin Syed Abdul Aziz, 42, hil4ng pekerjaan sebagai pembantu dapur di sebuah medan selera sejak enam bulan lalu.

Lebih menyed1hkan, kesempitan hidup menyebabkan dia bersama suami dan tiga anak berusia antara 10 hingga 16 tahun terpaksa tinggal berhimpit di sebuah bilik kecil berkeluasan kira-kira 219 meter persegi yang disewa di Jalan Munshi Abdullah, di sini.

Erala yang bekerja sebagai pembantu jualan berkata, suaminya ada mencari kerja lain tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada yang hendak ambil bekerja jadinya kini bergantung kepada gaji saya sahaja.

“Jika dulu dengan gajinya RM35 sehari dapat membantu menyediakan makan untuk keluarga,” katanya ketika ditemui semalam.

ERALA tidak dapat menahan seb4k menceritakan kesemp1tan hidupnya. FOTO Nuraliawati Sabri

Katanya, kali ini dia dan suami sudah bvntu dan tidak sanggup melihat anak mengikat pervt menyebabkan mereka mencuba nasib dengan mengg4ntungkan kain serban sebagai bendera putih di luar tingkap bilik sewa mereka pada petang Selasa lalu.

“Saya serta suami memang tiada duit langsung, bukan kata RM10 malah RM2 pun tidak ada malah barangan makanan juga sudah habis dan gas yang tinggal cuma cukup untuk memasak air sahaja.

“Jika kami tidak berbuat sesuatu sementara tunggu saya dapat gaji mungkin anak terp4ksa berlapar sebab itu saya dan suami mencuba nasib g4ntung bendera putih,” katanya.

Pagi semalam, keluarga Erala menerima bantuan barangan makanan yang disampaikan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong serta majikan tempatnya bekerja.

ERALA bersama suami dan anak di hadapan bilik sewanya. FOTO Nuraliawati Sabri

Menceritakan lanjut kesus4han hidupnya, Erala mengakui bilik yang disewa untuk keluarganya berteduh itu tidak selesa buat anaknya yang semakin membesar, namun disebabkan masalah kewangan mereka tiada pilihan.

“Saya dan suami bukannya tidak terfikir untuk mencari tempat tinggal lebih selesa namun kerana kadar sewa yang agak tinggi selain perlu menyediakan sejumlah wang deposit yang tinggi menyebabkan terpaksa melupakan hasrat itu.

“Alhamdulillah anak tidak merungut, mereka memahami keadaan kami yang sus4h, namun begitu jauh di sudut hati saya terselit rasa bers4lah,” katanya.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 thought on “‘Ibu Mana Tidak Sed1h, Melihat Anak Tertidur Menahan Lapar’”

  1. Hi , I Ingin sumbang Susu tepung untuk erala sekeluarga.
    Boleh Bagi kontactnya atauoun cara Untuk menghubunginya

    Eric
    0122070835

    Reply

Leave a Comment