“Balik Terus Mas0k 0ffice” Tak Sibvk Bercinta, Pelajar Dipuji ‘Pulvn’ Kvmpul Dvit

Ketika segelintir remaja seusianya sakan bercinta, tidak bagi seorang gadis ini yang mempunyai sentiasa berusaha gigih bagi mencapai matlamat sehingga berjaya.

Perkongsian rutin hariannya di aplikasi TikTok membuka mata orang ramai bahawa sesuatu kejayaan itu bukan mudah untuk dicapai kerana perlu mengorbankan masa serta tenaga.

Gadis dikenali sebagai Jannatul itu memuat naik video memaparkan dirinya sibuk menguruskan perniagaan produk kosmetik selepas tamat sesi persekolahan.

Umur bukan halangan untuk berjuang!

@nrjnntl__ #ad umur bukan penghalang . if you want it , fight for it 💪🏻❤️‍🔥 #fyp #ladybossjann #viral ♬ suara asli – Musik pilihan

Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, dia yang mesra dipanggil Jann mengakui mempunyai tanggungjawab besar apatah lagi bertindak sebagai ‘leader’ bagi perniagaan tersebut.

“Rutin kehidupan seorang pelajar berbisnes, balik je terus masuk office. Memikul tanggungjawab besar, seorang leader dan juga budak SPM,” tulisnya.

Selain memberi bimbingan kepada pasukannya, Jann juga kadang-kala sempat menguruskan stok  dan bungkusan pelanggan selain menjadi antara stokis terbaik dengan jualan mencecah RM1 juta.

@nrjnntl__ 33 days to go 🌝 #spm #fyp #ladybossjann ♬ original sound – Luna Hana

“Hari-hari wajib bagi bimbingan dan perkongsian untuk pelanggan dan team. Bungkus pesanan untuk pos dan COD. Alhamdulillah, dinobatkan top 10 sales,” kongsinya lagi.

Rakaman berdurasi 23 saat itu menerima 1.8 juta tontonan serta hampir 2,000 komen positif netizen yang kagum dengan kesungguhan Jann dalam mencari pendapatan sampingan.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen berharap agar dia tidak leka atau mengabaikan pelajaran sekiranya terlalu fokus terhadap perniagaan.

Bercinta dengan bisnes!

Bangga dengan awak dik…

Terinspirasi.. belajar hingga tamat ya

Moga terus dimurahkan rezeki

Tahniah! Jangan lupa pasal ilmu juga

Letih memang letih! Tapi bak kata peribahasa, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan? Harap segala usahanya berbaloi daripada pelbagai aspek.

Sumber: TikTok @nrjnntl__

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:rose merah

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment