Lan Solo dan Syura Badron Petik Namanya, Sekali Ini Tindakan Siti Nordiana

PENDEDAHAN penyanyi Lan Solo dan Syura Badron berkaitan konflik yang berlaku dengan Siti Nordiana di sesi Instagram live pada Selasa malam mengejutkan ramai pihak.

Susulan itu pengurus penyanyi itu, Anas Osman yang dihubungi mStar berkata, Siti Nordiana sedang berbincang daripada peguam sebelum memberikan sebarang kenyataan.

“Saya pun baru tahu hal ni, so far saya tak mahu komen apa-apa. Saya sudah beritahu Nana.

“Nana pun baru tahu dan sekarang dia sedang berbincang dengan peguam dia dahulu sebelum beri kenyataan,” ujarnya.

Terdahulu, isteri kepada Lan Solo iaitu Nur Sheila Hashim bersama Syura Badron tampil meluahkan perasaan dan menjawab persoalan berhubung konflik yang berlaku antara mereka dan Siti Nordiana.

live

Sesi live instagram Syura da Lan

Shiela berkata, dia berasa terkilan apabila dikatakan menumpang populariti penyanyi tersebut sehingga sesetengah pihak produksi enggan memberi ‘job’ kepada mereka.

“Saya dan Lan ambil keputusan untuk unfollow Nana dan Anas manager dia. Cukup kami diburuk-burukkan. Apabila sampai dekat production, kami pula dikatakan fitn4h dia.

“Boleh tanya semua, saya tak pernah cerita dekat pihak production mahupun fans club semua pihak. Secara terbuka hari ni saya cerita.

nanana

Nana akan tampil memberi kenyataan selepas berbincang dengan peguam.

“Saya, Syura dan kawan-kawan lain tak boleh dah. Ada orang DM (mesej langsung) saya kenapa Syura hantar makanan dekat saya sahaja dan tak hantar dekat Nana,” ujarnya menerusi siaran langsung itu.

Enggan terus mengeruhkan keadaan, mereka berharap Siti Nordiana tampil menjelaskan apa yang berlaku.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:MStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment