[VIDEO] Ini Muhyiddin Yassin ke?

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki tergamam apabila melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir ke rumahnya untuk mengagihkan daging korb4n hari ini.

Mungkin kerana terkejut atau terlalu teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu, kanak-kanak tersebut dengan ‘selamba’ memanggil Perdana Menteri dengan panggilan Muhyiddin Yassin.

“Ini Muhyiddin Yassin ke?” jelas kanak-kanak lelaki tersebut sambil mengambil bungkusan daging yang diedarkan oleh Perdana Menteri itu.

Menerusi klip video tersebut, Muhyiddin turut menyapa dengan bertanyakan khabar keluarga kanak-kanak tersebut yang berada di dalam rumah terbabit.

Reaksi spontan kanak-kanak itu telah menarik perhatian pengguna lain di Facebook dan mereka telah meninggalkan beberapa komen pada hantaran tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Bella Park berkata, kanak-kanak lelaki itu mempunyai adab yang baik kerana menegur Perdana Menteri dengan panggilan tersebut.

“Tapi bagus dia kenal walaupun dia tidak tahu nak panggil pangkat apa dekat depan-depan. Nak sebut pak cik macam tak kena. Tapi dengar cara bercakap beradab budaknya. Terbaik adik,” jelasnya. – K! ONLINE.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment