Bebelan yang dirindu… calon SPM buat ramai seb4k ‘layan’ himpunan ‘voice notes’ arw4h ibunya – “Kalau dengar memang men4ngis’’

PERIT di hati, tak siapa mampu mengerti.

Bagi si bongsu ini, pemergian ibunya, Sawariah Hasan pada 24 Ogos tahun lalu akibat jangkitan cov1d-19 cukup memberi kesan mendalam buat d1rinya.

Lebih pilu, Muhammad Haikal Burandin, 18, sedang diku4rantin ketika ibunya dijemput Ilahi, sekali gus membuatkan dia terpaksa melalui badai emosi yang tidak berkesudahan.

“Mak men1ngg4l dunia pada umur 52 tahun. Ketika itu, hanya saya dan mak yang dijangkiti cov1d-19. Tapi, kami tak tahu dari mana punca j4ngkit4nnya.

“Saya diku4rantin di rumah manakala mak di hospital kerana dijangkiti cov1d-19 tahap empat. Mak memang dah ada s4kit d4rah tinggi dan kenc1ng manis.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

“Mak men1ngg4l ketika saya sedang diku4rantin di rumah. Nak tengok jen4zah dari jauh pun tak boleh,” imbasnya seb4k.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia reda dengan pem3rgian ibunya, namun 1001 kenangan yang diukir akan tersemat dalam jiwa buat selamanya.

Kini, hanya rakaman suara arw4h yang menjadi pengubat rindu untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu dalam menghadapi hari-hari mendatang.

haikal 3

Haikal bersama arw4h ibunya.

“Memang ambil masa untuk biasakan d1ri tanpa mak. Dulu selalu tengok setiap hari. Saya rindu nak dengar mak membebel. Mak selalu membebel sebab saya datang lambat setiap kali dipanggil. Dia juga membebel kerana saya suka main game.

“Sejujurnya saya rindu. Dalam seminggu, dua kali saya akan ke kvbur. Selain itu, setiap hari saya akan dengar voice notes yang dihantar oleh mak menerusi WhatsApp.

“Bila dengar suaranya, rasa macam dia ada lagi berdekatan saya. Kalau dengar ketika send1rian, memang akan menangis. Bila berada depan orang, saya akan tahan sedih.

Mak tak suka pakai telefon yang menggunakan touch screen, disebabkan itulah dia banyak hantar voice note.

HAIKAL

“Mak dulu pakai telefon biasa saja, sejak tahun lepas mak baru belajar guna telefon pintar. Mak tak suka pakai telefon yang menggunakan touch screen, disebabkan itulah dia banyak hantar voice note,” ujar Haikal yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Haikal turut berkongsi video memaparkan rakaman suara ibunya menerusi TikTok sehingga ia meraih 1.1 juta tontonan.

“Saya tak jangka langsung video itu akan meraih perhatian ramai. Saya kongsi untuk simpan sebagai kenangan saja.

“Saya juga terharu kerana ramai yang doakan mak. Walaupun saling tak kenal, cara mereka komen macam kami rapat dan dah lama kenal,” ujar Haikal sebak.

haikal5

Haikal bakal menduduki SPM tidak lama lagi.

Menurut Haikal, dia juga akan melakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM yang dijangka diadakan Mac ini sebagaimana pesan ibunya.

“Mak juga ada pesan untuk SPM. Dia kata, buat elok-elok. Mak minta supaya saya percaya dengan apa yang saya lakukan,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, setakat 4 Januari, Malaysia sudah merekodkan 2,769,886 kes cov1d-19 dengan 31,591 kes kem4tian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment