Wow! Suami Sewa Seluruh Tingkat Wad Bersalin Untuk Lesti Kejora

Pasangan pelakon Rizky Billar dan Lesti Keroja sedang menanti hari bahagia menjadi ibu dan bapa.

Lesti yang juga seorang penyanyi dangdut terkenal Indonesia tersebut diketahui sudah melewati usia tujuh bulan hamil.

Dalam satu temu bual bersama YouTube Intens Investigasi baru baru ini, Rizky berbicara mengenai perancangan untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka.

Antara yang dititikberatkan oleh pasangan ini adalah mengenai wad bersalin Lesti. Menurut Rizky, demi keselesaan isterinya, dia merancang menyewa seluruh tingkat wad bersalin di sebuah hospital saat Lesti melahirkan.

“Saya sudah tanya-tanya, apakah bisa booking seluruh tingkat. Ya mudah-mudahan dapat (seluruh tingkat),” kata Rizky Billar dipetik dari Kompas.com.Rizky kemudian menjelaskan selain demi memastikan keselesaan buat Lesti, dia menjangkakan akan menerima ramai tetamu selepas isterinya selamat melahirkan calon cahayamata yang digelar Baby L.

“Mungkin kerana kita memikirkan akan ada banyak tetamu datang nantinya,” katanya lagiSementara itu, pasangan ini berkongsi telah mempersiapkan sebuah bilik untuk anak mereka.

Sehingga kini mereka masih mencari barang barang untuk dekorasi bilik bayi yang akan menyerikan kehidupan mereka.

Mengikut perkiraan, Lesti mungkin akan melahirkan anaknya antara akhir Januari atau awal Februari 2022.Rizky berharap, anak pertamanya itu lahir pada tanggal cantik iaitu 2-2-2022.

“Mudah-mudahan kalau memang Allah mengizinkan. Saya mahu tanggal 2 Februari 2022,” ucap Rizky.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Instagram Lestikejora , Youtube Intens Investigasi

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment