Yatt Hamzah Meluahkan Rasa Sed1h,Sekali Ada Benda Lain Yang Netizen Perasan

Yatt Hamzah meluahkan rasa sedih setelah membaca satu coretan kisah seorang isteri yang didakwa telah menerima kata-kata yang tidak baik daripada suaminya.

Yatt atau nama sebenar, Haryati Hamzah berkongsi kisah tersebut bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

“Pagi-pagi lagi mata dah masuk habuk baca coretan ni. Dah macam drama. Namun ianya realiti harini yang memang berlaku di kalangan masyarakat kita.

“Tergamakkah seorang suami yang sepatutnya Syurga buat isteri, melontarkan kata-kata begini pada isterinya. Seolah menidakkan Syurga buatnya. Syurga menidakkan Syurga?,” tulisnya.

Yatt berpendapat, tindakan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang suami.

Tambahnya lagi, sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, harus sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan baik.

“Bukankah kewajiban seorang suami utk melindungi isteri, mendidik, berlemah lembut dan melayani dengan baik termasuk berkata hanya yang baik-baik.

“Jika marah sekalipun, wajarkah seorang suami melontarkan kata-kata begini menafikan Syurga buat si isteri? Adilkah buat si isteri jika si isteri jenis yang taat dan setia.

“Semoga jadi pengajaran buat kita semua. Isteri adalah Amanah Allah untuk DIBIMBING, DILINDUNGI dan DICINTAI,” tulisnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment