Zamani Tak M4lu Jual Makanan Secara Online Untuk Tambah Pendapatan

Kini menjual makanan Nasi Udang Manila secara dalam talian, penyanyi Zamani berkata dia tidak kisah tentang pandangan orang terhadap dirinya.

Menurut penyanyi kumpulan Slam itu lagi, tujuan utamanya terjun dalam bidang perniagaan adalah untuk memanfaatkan peluang sementara namanya masih dikenali.

“Tak kisahlah orang nak cakap apa. Pada saya, kita kena bangunkan perkara ini sekarang, waktu kita masih ada populariti dan pekerjaan.

“Kalau sampai waktu populariti sudah merudum dan terdesak baru nak buat dan mulakan, mungkin akan menjadi satu tekanan hidup pula.

“Kalau bangunkan waktu sekarang, apabila buat perkara ini secara serius nanti orang sudah tahu dan namanya pun sudah kuat. Ia tak jadi masalah untuk pasarkannya,” katanya.

Zamani berkata dia cuba menceburi perniagaan itu sejak beberapa bulan lalu untuk mencari pendapatan tambahan dan sambutan diterima sangat menggalakkan.

“Nasi udang Manila ini adalah resipi arwah ibu mentua saya. Ia sempat diturunkan kepada isteri saya, Julie dan dia yang masak.

“Penghantaran di kawasan terdekat dibuat oleh saya sendiri serta atas permintaan istimewa pembeli, manakala di kawasan agak jauh menggunakan penghantar makanan.

“Alhamdulillah, sambutan untuk menu ini agak okey. Namun kalau saya sibuk dengan aktiviti seni, ia terpaksa dihentikan sekejap,” katanya.

Dalam pada itu, Zamani berkata buat masa ini dia menjalankan perniagaan itu secara dalam talian dan turut mempunyai perancangan untuk membuka restoran.

“Kami tak jual di restoran. Kami akan ambil pesanan secara terbuka dalam talian dan tengok pada sambutan. Tengoklah kalau berkembang, kami akan pergi ke arah yang lebih besar seperti buka restoran.

“Saya sebenarnya hantar sendiri tanpa caj dan peminat gembira dapat bergambar dengan saya. Setakat ini paling jauh saya buat penghantaran ialah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : rotikaya

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment