Zul Ariffin Sudah Berkahwin? Kelab Peminat Tampil Beri Penjelasan

Sebelum ini, dua pelakon terkenal iaitu Zul Ariffin dan Ruhainies menjadi perhatian ramai selepas tular video yang memaparkan kemesraan mereka berdua. Walaubagaimanapun, kelab peminat Zul Ariffin ,Zul Ariffin Fan Club (ZAFC) tampil memberikan penjelasan terhadap spekulasi berhubung dakwaan Zul dikatakan telah berkahwin.

Kelab Peminat Tampil Bersuara

Menerusi hantaran di Insta Stories, ZAFC menyatakan pihak mereka jarang memberi ulasan terhadap  gosip yang berlaku. Namun, spekulasi kali ini membuatkan mereka tampil bersuara untuk menjelaskan perihal sebenar.

“Seperti yang anda tahu, ZAFC jarang memberi respon terhadap sebarang gosip. Walaubagaimanapun, kami berasa perlu untuk mengambil langkah pada ketika ini.

Terdapat banyak khabar angin dan dakwaan baru-baru ini mengenai kehidupan peribadi Boss (Zul Ariffin), kerana beberapa video yang terlah disebarkan. Terdapat juga banyak pihak yang mendakwa mereka sangat, sangat rapat dengan Zul Ariffin.”- tvlis pengendali ZAFC

Masih Belum Berkahwin

Kelab peminat pelakon kacak itu turut mengumumkan bahawa Zul masih belum berkahwin dan berkawan dengan semua orang.

“Kami ingin mengumumkan bahawa dia belum berkahwin dengan sesiapa. Dia berkawan dengan semua orang, dan kami sangat menghargai jika pihak terlibat berhenti menyebarkan khabar angin untuk publisiti semata-mata.”-Jelas ZAFC

Di kesempatan itu, ZAFC menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk meng4ibkan mana-mana pihak dan ingin menjadikan media sosial sebagai  sebuah arena yang lebih sihat untuk semua orang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment